Perintah Komisar
Perintah Komisar

Perintah Komisar

Perintah Komisar atau Commissar Order (Bahasa Jerman: Kommissarbefehl) ialah perintah yang dikeluarkan oleh Adolf Hitler pada 6 Jun 1941 sebelum Operasi Barbarossa. Nama rasminya adalah Garis Panduan bagi Memperlakukan Komisar Politik (Richtlinien für die Behandlung politischer Kommissare). Ia menuntut bahawa mana-mana komisar politik Soviet yang dikenal pasti di kalangan tentera yang ditangkap akan dihukum mati serta merta kerana menjadi penguatkuasa bagi ideologi Komunis dan barisan Parti Komunis Soviet dalam angkatan tentera.Menurut perintah itu, semua tawanan yang dapat dikenal pasti sebagai "pengikut bolshevik sebenar atau sebagai wakil aktif ideologi Bolshevist" harus juga dibunuh.